Sabtu, 10 Mei 2008

jutawan di usia muda

Bayangkan anda yang baru lepasan graduan atau berusia sekitar awal dua puluhan telah pun berstatus seorang jutawan. Tentunya menarik, bukan?
......
Kenyataannya ia boleh direalisasikan sekiranya seseorang itu mempunyai tekad dan matlamat yang jelas di samping sikap yang positif untuk berani mencuba. Bagi generasi muda, mereka mempunyai peluang yang luas jika mereka mampu menguasai pelbagai bidang dengan mempunyai daya kreativiti tinggi untuk mencipta beberapa perkhidmatan dan produk untuk orang ramai.

..
Di barat ada usahawan yang muda bermula dalam usia 9 tahun bekerja sendiri dan akhirnya mereka memperolehi pendapatan sehingga tujuh angka. Mereka senantiasa berfikir sekalipun idea yang difikirkan merupakan idea biasa tetapi ia akhirnya menjadi realiti.
....
Sebagai contoh berlaku perubahan pada Freser Doherty yang hanya menjalankan usaha cara lama. Pada tahun 2002 pada usia 14 tahun dia mula membuat jem dari resipi neneknya, di rumah keluarganya di Edinburgh, Scotland. Jem tersebut menjadi kesukaan jiran dan kawan-kawannya yang pergi ke gereja. Akhirnya jemnya mendapat perhatian ramai.
.. Bermula dari kenalan sehingga Doherty menerima tempahan yang banyak dan dia tidak mampu lagi membuat di rumah sehingga menyebabkan dia menyewa sebuah kedai memproses makanan untuk beberapa hari dalam masa sebulan dengan pekerja seramai 200 orang. Pada usia 16 tahun, setelah tamat sekolah dia membuat jem sepenuh masa. Tahun 2007, Waitrose sebuah supermarket di UK mempelawanya untuk menjual Superjamnya di supermarket mereka. Dalam beberapa bulan jemnya memasuki 184 Waitrose store, sehingga jualan bertambah.
..
Doherty kemudiannya meminjam RM40,000 daripada bank untuk menampung kos pengeluaran bagi mengeluarkan jem perasa Blueberry & Blackcurrent, Rhubarb &Ginger dan Cranberry & Raspberry. Akhirnya jemnya mendapat permintaan Tesco di 300 store melangkaui UK. Pada Mac lalu, Superjam dilancarkan di Tesco, Ireland.
....
Tahun lalu sahaja Suprjam Doherty mencecah jualan RM2.7 juta. Pada tahun ini dijangkakan jualannya akan mencecah sehingga RM3.5 juta hingga RM6 juta. Tidak mengecewakan seperti mana dia mencadangkan kepada remaja bahawa "kena ada sikap menghadapi cabaran."
Dan sudah tentu pada usia 19 tahun dia gembira dengan kehidupannya.
..
Jelas sudah bahawa dengan pendapatan tujuh angka di usia muda, jutawan ini telah mencipta kekayaan hasil kreativiti yang dibuat dan yakin dengan apa yang dilakukannya. Apakah kita rakyat Malaysia tidak dapat melakukan perkara sedemikian. Di depan kita terbentang luas masa depan untuk kerjaya berjaya dan menjadi jutawan. Apa yang perlu ada ialah semangat dan keberanian untuk memulakan.

Tidak ada komentar: